Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Monday, April 13, 2020
CoVID-19 | Hari ke-27 PKP
Assalamualaikum! Harini takda aktiviti sangat selain dari temankan Mira buat homework. Dia tu kena duduk disebelah baru ada semangat nak buat kerja sekolah.
Time off day sebolehnya aku nak hadkan keluar rumah, kecuali untuk perkara yang penting macam pergi kedai beli barang nak masak dan sebagainya. Tapi, kebiasannya cik abg aku la yang banyak keluar hehe.
Minggu lepas on the way pergi kedai, aku lalu di deretan kedai-kedai yang tutup tidak beroperasi. Tapi dalam selang 4 buah kedai ada hamba Allah letakkan makanan kucing untuk kucing-kucing di sekitar kawasan tu.






