Breaking

Thursday, November 24, 2016

Thursday, November 24, 2016

#RuleLikeElena | Puteri Elena of Avalor Terbaru Dari Disney!


Assalamualaikum!


Bagi peminat karakter Puteri atau Princess pasti ternanti-nanti siri adaptasi kartun terbaru dari Disney, Puteri Elena of Avalor. Siri Elena of Avalor ini telah pun menemui tayangan perdana pada 13 November 2016 yang lalu di Disney Channel (ASTRO CH 615).




Siapa Princess Elena of Avalor ni?

The latest Princess named Elena, a strong-willed and courageous teenager. 

She fought an evil sorceress who attacked her family and was trapped inside an enchanted jewel for decades before she was freed. Now, after saving her kingdom at the tender age of 16, she is the Crown Princess of Avalor and rules with guidance from the Grand Council.

Despite going through many challenges in learning how to be a good ruler, Elena is decisive and fearless in standing up for herself and what she believes in. In addition to guidance from the Grand Council on ruling, Elena also has some special help in the form of Zuzo, her spirit guide; three flying jaquins (magical creatures that are part jaguar and part macaw; and a Sceptre of Light which has many powers that help Elena overcome magical and non-magical challenges. 

*********************************************************

Dalam setiap episod, korang akan dapat saksikan nilai-nilai murni yang terdapat pada karakter Princess Elena. Antaranya, thoughtfulness, resilience, compassion and leadership (bertimbang rasa, daya tahan, kasih sayang dan kepimpinan)

Bila melihat karakter Princess Elena ni, teringat aku pada anak sulungku, Hazwani yang juga mempunyai sifat compassion (kasih sayang) dalam diri dia. Sifat ini memang terserlah terutama bila dia berhadapan dengan haiwan seperti kucing.




Kalau jumpa kucing, mesti dia akan panggil dan usap-usap bulu kawan tu. Kalau jumpa kucing yang manja, memang dia akan dukung macam dukung anak hehe. Bukan tu aje, dia akan sentiasa alert jika kucing tu lapar. Pasti akan diberikan makanan atau dia sendiri pergi beli wet food dan bagi kucing tu makan. 




Moga sifat kasih sayang yang ada pada Hazwani akan sentiasa menjadikan dia menyayangi dan menghargai sesiapa sahaja disekelilingnya dan menjadi inspirasi kepada adiknya sepertimana karakter Princess Elena of Avalor 😍

#RuleLikeElena

Wednesday, November 23, 2016

Wednesday, November 23, 2016

Memasak Lebih Senang Bila Ada Tefal Manual Chopper dari Lazada!


Assalamualaikum!


Ingat lagi tak hari tu aku cakap nak kongsikan salah satu barang yang aku dapat dari 'Parcel of Joy' sempena Lazada Online Revolution? Ok, hari ni aku nak kongsi ngan korang barang tu 😉

Kaum wanita memang sinonim dengan masak memasak kan. Kalau kat dapur tu, memang barang wajib ada antaranya pisau untuk memotong. Tapi, tiap kali nak mengopek atau menghiris bawang tiap kali tu jugak la aku 'menangis' haha. Ada orang kata mata tu pedih berair sebab tak biasa motong bawang. Ishhh ... dah 10 tahun aku memasak untuk suami dan anak-anak takkan masih tak biasa kot 😜. Bukan sebab tu ye ...tapi aku rasa barangkali mata aku ni banyak simpan air kat dalam, tu sebab suka nau merembes 😂😂.


Tuesday, November 22, 2016

Tuesday, November 22, 2016

Hanya RM20 Sejam, Maideasy Bersihkan Rumah!


Assalamualaikum!


Kerja lima hari seminggu, jadi masa bila aku boleh kemas rumah? kalau hari bekerja takkan dapat kemas sepenuhnya, jadi kena la tunggu hari Sabtu. Hari Ahad dah tentu kena pergi meniaga, so sebelum tinggalkan rumah haruslah sebersih-bersihnya dan sewangi-wanginya supaya bila bukak pintu ... auummm wangi je rumah 😉

Rutin ibu berkerjaya macam aku ni kena selalu 'curi' masa untuk pastikan kerja rumah setel setiap hari. Mujurlah cik abe pun selalu menolong buat kerja-kerja rumah, kalau tak jiwa ni rasa tak tenang je tinggalkan rumah dalam keadaan 'kapal pecah'. Tapi, kadang-kadang aku 'tersungkur' juga kepenatan dan masa itulah aku perlukan pertolongan pakar 😊


Tuesday, November 22, 2016

Skuter 'baru' untuk Hazmira!


Assalamualaikum!


Lama dah dia punya teringin nak skuter tu. Alhamdulillah nak jadi rezeki Mira, dapat rembat seketul masa meniaga 2 minggu lepas. Alkisahnya time jalan-jalan 'cuci mata' nampak sorang peniaga tayang 2 buah skuter masih elok masih nampak baru lagi. Nak tau harga dia berapa? cuma RM25 sebuah! Giler ko tak nak rembat?? haha ... aku tak mintak murah dah, sebab bagi aku harga tu memang dah cukup murah dan mampu milik. Apa lagi ..kami patah balik la ke kereta nak bincang laki bini.

Bincang punya bincang, kami setuju nak beli 2 buah sekali! Baru RM50 ... ok sangat dah tu diknon. Sukanya hati ibu bawa 5 helai duit RM10 dalam tangan jalan laju-laju ngan anak-anak ke tempat jual tadi. Sekali tengok .... alaaaaaa 2 buah skuter lesap dari pandangan mata tak sampai 20 minit! 😂

Muncung kejap anak dara tu sebab skuter yang dia suka dirembat orang huhu. Takpe, takpe jom kita gi tengok tempat lain sebab ibu ada ternampak satu lagi orang jual skuter. Kita pi tengok berapa harga dia naaaa ...



Friday, November 18, 2016

Friday, November 18, 2016

Sandwich telur anak dara ...


Assalamualaikum!



Sejak balik dari aktiviti perkhemahan badan beruniform di sekolah, kakak tekad nak cuba resepi ni kat rumah. Banyak benda yang dia belajar dalam 2 hari 1 malam tu dan antaranya cara-cara nak buat sandwich telur. So, bila balik rumah dia tak sabar dah la nak try buat untuk ayah, ibu dan adik dia ;)

Memandangkan ini percubaan pertama kakak buat sandwich telur, maka kita bagi dia peluang conquer dapur malam tu hehe. Ibu dan adik hanya perhati dari tepi je la ye :)


Thursday, November 17, 2016

Thursday, November 17, 2016

Cabaran dalam berniaga carboot


Assalamualaikum!


Berniaga apa pun memang ada cabaran dan dugaannya. Meniaga online ke meniaga pasar malam ke meniaga dalam kedai ke memang akan berhadapan dengan pelbagai situasi yang melibatkan pelanggan. 

Nak kata stres meniaga tu tak la, tapi ada masanya bila 'gelora jiwa' tu datang dan kita dapat pelanggan yang tak masuk akal permintaan dia .. haa korang fikir-fikirla sendiri ye hahaha 😋😋



Wednesday, November 16, 2016

Wednesday, November 16, 2016

Pergi Bercuti Dengan Traveloka Sempena Promosi Hujung Tahun!


Assalamualaikum!


Pejam celik pejam celik, dah nak sampai akhir tahun dah kita ni ye. Cuti sekolah pun dah semakin hampir, mesti ada yang dah mula memikirkan ke mana nak bawa keluarga bercuti kali ni, betul tak? Ye la, hampir setahun tak kemana-mana, asyik dengan kerjanya, sekolahnya, urusan hariannya ... hari-hari ulang benda yang sama. Kan bagus kalau dihujung tahun macam ni, kita ambil kesempatan pergi bercuti tenangkan fikiran sambil-sambil merapatkan hubungan sesama keluarga. 

Kalau korang diberikan pilihan dan cara yang paling mudah untuk mencari tempat percutian mesti korang nak kan kan kan :) So, untuk menghilangkan pening korang aku cadangkan satu laman web yang boleh jadikan impian percutian korang satu kenyataan! Dah la menjimatkan masa, malah korang tak perlu susah payah cari hotel dan tiket penerbangan sebab semua tu korang boleh dapatkan dengan mudah hanya dihujung jari je!




Kat mana nak cari hotel murah dengan harga diskaun yang gempak? Susah ke nak tempah hotel secara online? Ishh ..tak susah mananye kalau korang tempah di Traveloka. Pengguna yang bijak mesti akan gunakan peluang ni sebaik mungkin untuk dapatkan hotel yang diidamkan. Di Traveloka lengkap molek belaka semua ada! 

Pilihan hotel dari 100 buah hotel merentasi Malaysia, Indonesia & Singapore ditambah lagi dengan harga promosi sempena cuti sekolah ni! Means, korang punya percutian tidak terhad dalam negara je tau, pergi bercuti ke Indonesia & Singapore pun masih boleh dapatkan hotel bertaraf bintang pada harga diskaun! Ohsem! :)




INGAT PROMOSI INGAT TRAVELOKA!

Kalau korang yang suka laman web yang memberikan promosi sambil bercuti, maka laman web Traveloka adalah pilihan yang tepat lagi melekat. Korang bayangkan sudahlah boleh bercuti dapat pula keistimewaan lagi dan penghargaan.  Jom kita tengok antara promosi yang korang boleh check out di Traveloka sekarang ;)


1) Just Say Yes!



Promosi ini membolehkan korang mendapatkan potongan hotel dengan cara menempah hotel melalui atas talian sahaja. Kod kupon potongan akan diberikan setelah segala butir -butir didalam laman sesawang lengkap diisi. Nah, aku pasti korang mesti teruja dengan potongan yang diberikan oleh Traveloka. 


2) SPECIAL FARES with Malindo Air



Kalau korang bercadang nak bercuti ke Phuket, Traveloka ada menawarkan tambang istimewa untuk tiket penerbangan satu hala dan dua hala dengan Malindo Air. Cepat-cepat book, ada 2 hari je lagi untuk korang buat tempahan.


Tempahan dari : sekarang - 18 November 2016
Travel dari : 10 November 2016 - 31 Ogos 2017


3) SMARTER TRAVEL BEGIN WITH THE RIGHT CHOICE




Untuk menjadikan percutian korang sekeluarga lebih bermakna dan lebih jimat, sempena cuti sekolah ni Traveloka ada menawarkan promosi untuk hotel dan tiket penerbangan yang korang takkan boleh menolak! Hanya di Traveloka memberikan penghargaan kepada pemegang kad kredit Citibank ;)

Tempahan dari : 1 November 2016 - 31 Januari 2017


Cara Nak Tempah Hotel

Mudah sangat nak tempah hotel di Traveloka. Tiga cara mudah dan korang boleh pilih hotel mana korang nak atau yang bersesuaian dengan bajet korang. So, jangan pening-pening meh aku tunjukkan caranya ;)

1.  Klik sini https://www.traveloka.com/en-my/promotionKlik pada 'Destination/Hotel Name', nanti akan keluar pilihan bandar/negeri yang mempunyai bilangan hotel yang tersedia



2.  Pilih tarikh 'check-in' dan 'check-out'




3.  Klik 'Search Hotels' dan korang boleh temukan pelbagai pilihan hotel yang tersedia dalam senarai!




Mudah kan? semudah menarik dan menghembus nafas je ;). So sekarang, korang mesti dah tahu nak bawa keluarga korang ke mana cuti sekolah ni kan? Nak cari hotel takda masalah lagi, nak tiket penerbangan murah takda masalah lagi. Korang klik je link https://www.traveloka.com/en-my/ dan semua ditanggung beres! Tak perlu nak terhendap-hendap cari kat tempat lain :p



Selamat bercutiiiiiiii! ;)


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.